Tuesday, January 17, 2012

kerjaya akauntan 2

Bahagian Kedua
Tafsiran Perakaunan dan Akauntan

Sebelum berganjak lebih mendalam, kita haru memahami tafsiran perakaunan itu sendiri agar pemahaman tugasan dan peluang didalam bidang kerja ini akan menjadi lebih mudah. Perakaunan atau prinsip akaun adalah merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat kewangan yang akan membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. 

Manakala, istilah Perakaunan kewangan pula ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Ia juga melibatkan kerja audit bagi sesebuah organisasi atau syarikat yang berdaftar dengan kementerian kewangan Malaysia.

Namun begitu, istilah ini berbeza daripada istilah “perakaunan” yang bermaksud, proses yang mana seorang juruaudit yang bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan mengenai keadilan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP), berasaskan kepada perkara-perkara yang dianggap mustahak (material).

Maka, mereka yang menjadi pengamal perakaunan adalah dikenali sebagai akauntan. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi boleh dikenalpasti melalui gelaran-gelaran seperti CharteredAccountant (di UnitedKingdom, NewZealand, Kanada, India, Australia, Pakistan), CertifiedPublicAccountant (AS, HongKong), CertifiedManagementAccountant (Kanada), CertifiedGeneralAccountant(Kanada), CertifiedPracticing Accountant (Australia).

Beberapa negara Komanwel seperti Australia dan Kanada mengiktiraf kedua-dua badan perakaunan berkanun (chartered) atau bersijil (certified). Kebanyakan akauntan "awam" ("public" accountants) di New Zealand dan Kanada adalah akauntan berkanun; namun, Certified General Accountant juga diberi hak oleh undang-undang untuk mempraktikkan perakaunan awam dan kerja audit di semua wilayah Kanada, kecuali Ontario dan Québec, sejak tahun2005.

kerjaya akauntan 1

to complete my career assignment, i had to do research about accounting program especially to those who graduated from USIM..



Bahagian  Pertama
Pengenalan

Dunia hari ini berkehendakkan cabaran dalam meneruskan hidup. Segala keperluan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya memerlukan wang segabai tukaran. Maklumlah, dunia kini sudah berubah. Andai dahulu, pakaian atau segala barang dagangan boleh ditukar (system barter) dengan keperlun hidup, namun kini hanya wang yang menjadi ukuran taraf kehidupan seseorang. Justeru, bagi memperoleh wang, individu itu perlu berusaha dan bekerja di dalam pelbagai sector dan bahagian mengikut kelayakan akademik, kemahiran dan pencapaiannya. Maka, bagi membincangkan isu kerjaya di Malaysia, bidang perakaunan juga merupakan lapangan kerja yang sangat-sangat menguntungkan dan mendapat perhatian masyarakat hari ini.

Namun begitu, apabila melihatkan kepada statistic dan dapatan hasil berkaitan dengan penglibatan bumiputera dan bukan bumiputera didalam bidang ini, hasilnya sedikit menyedihkan. Kebanyakan mereka yang berkhidmat di dalam bidang perakaunan ini adalah dari kaum bukan bumiputera kerana melihatkan factor masyarakat bumiputera yang tidak gemarkan angka dan pengiraan. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ekonomi kita hari ini telah dipelopori oleh kaum bukan bumiputera kerana mereka sentiasa  bertindak pantas dalam mengejar peluang yang ada. Apabila ekonomi negara sudah tidak mampu kita pertahankan, maka yang tinggal untuk kita hanyalah tanah sekangkang kerja yang sudah disiapkan untuk digadai.

Justeru, umum mengetahui bahawa kerjaya d dalam bidang Perakaunan  merupakan profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan.

LIFE

,,,,,,

About This Blog