Tuesday, January 17, 2012

kerjaya akauntan 1

to complete my career assignment, i had to do research about accounting program especially to those who graduated from USIM..



Bahagian  Pertama
Pengenalan

Dunia hari ini berkehendakkan cabaran dalam meneruskan hidup. Segala keperluan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya memerlukan wang segabai tukaran. Maklumlah, dunia kini sudah berubah. Andai dahulu, pakaian atau segala barang dagangan boleh ditukar (system barter) dengan keperlun hidup, namun kini hanya wang yang menjadi ukuran taraf kehidupan seseorang. Justeru, bagi memperoleh wang, individu itu perlu berusaha dan bekerja di dalam pelbagai sector dan bahagian mengikut kelayakan akademik, kemahiran dan pencapaiannya. Maka, bagi membincangkan isu kerjaya di Malaysia, bidang perakaunan juga merupakan lapangan kerja yang sangat-sangat menguntungkan dan mendapat perhatian masyarakat hari ini.

Namun begitu, apabila melihatkan kepada statistic dan dapatan hasil berkaitan dengan penglibatan bumiputera dan bukan bumiputera didalam bidang ini, hasilnya sedikit menyedihkan. Kebanyakan mereka yang berkhidmat di dalam bidang perakaunan ini adalah dari kaum bukan bumiputera kerana melihatkan factor masyarakat bumiputera yang tidak gemarkan angka dan pengiraan. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ekonomi kita hari ini telah dipelopori oleh kaum bukan bumiputera kerana mereka sentiasa  bertindak pantas dalam mengejar peluang yang ada. Apabila ekonomi negara sudah tidak mampu kita pertahankan, maka yang tinggal untuk kita hanyalah tanah sekangkang kerja yang sudah disiapkan untuk digadai.

Justeru, umum mengetahui bahawa kerjaya d dalam bidang Perakaunan  merupakan profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan.

No comments:

LIFE

,,,,,,

About This Blog