Tuesday, January 17, 2012

kerjaya akauntan 2

Bahagian Kedua
Tafsiran Perakaunan dan Akauntan

Sebelum berganjak lebih mendalam, kita haru memahami tafsiran perakaunan itu sendiri agar pemahaman tugasan dan peluang didalam bidang kerja ini akan menjadi lebih mudah. Perakaunan atau prinsip akaun adalah merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat kewangan yang akan membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. 

Manakala, istilah Perakaunan kewangan pula ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Ia juga melibatkan kerja audit bagi sesebuah organisasi atau syarikat yang berdaftar dengan kementerian kewangan Malaysia.

Namun begitu, istilah ini berbeza daripada istilah “perakaunan” yang bermaksud, proses yang mana seorang juruaudit yang bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan mengenai keadilan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP), berasaskan kepada perkara-perkara yang dianggap mustahak (material).

Maka, mereka yang menjadi pengamal perakaunan adalah dikenali sebagai akauntan. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi boleh dikenalpasti melalui gelaran-gelaran seperti CharteredAccountant (di UnitedKingdom, NewZealand, Kanada, India, Australia, Pakistan), CertifiedPublicAccountant (AS, HongKong), CertifiedManagementAccountant (Kanada), CertifiedGeneralAccountant(Kanada), CertifiedPracticing Accountant (Australia).

Beberapa negara Komanwel seperti Australia dan Kanada mengiktiraf kedua-dua badan perakaunan berkanun (chartered) atau bersijil (certified). Kebanyakan akauntan "awam" ("public" accountants) di New Zealand dan Kanada adalah akauntan berkanun; namun, Certified General Accountant juga diberi hak oleh undang-undang untuk mempraktikkan perakaunan awam dan kerja audit di semua wilayah Kanada, kecuali Ontario dan Qu├ębec, sejak tahun2005.

No comments:

LIFE

,,,,,,

About This Blog